Sunday 20 November 2011

Sains ( Tahun 5 )Kemandirian Haiwan Dan Tumbuhan


Kemandirian Haiwan
 

1.
Haiwan perlu menjaga dan melindungi telur dan anaknya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya.
2.
Haiwan yang melahirkan anak  seperti mamalia, memelihara dan menyusukan anaknya. Haiwan ini juga akan melindungi anak-anaknya dan menyediakan makanan.
3.
Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing, monyet, gajah, harimau dan sebagainya.
  

4.
Haiwan yang bertelur tidak dapat melindungi anaknya di dalam rahim.
5.
Haiwan yang bertelur dapat memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara
 
i.
bertelur dengan banyak.
 
ii.
bertelur di tempat yang selamat.
 
iii.
menghasilkan telur bercangkerang keras.
 
iv.
menjaga telur sehingga menetas. 
Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, ikan dan penyu.






 

Penyebaran Biji Benih     
1.
Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.
Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam .

Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu .

Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara .


Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.




 





4 comments:

  1. ini telah banyak membantu saya atas pelajaran saya, tetapi contoh haiwan dan tumbuhan tidak cukup, boleh tambah lagi.

    ReplyDelete
  2. saya harap anda dapat menambahnye lagi

    ReplyDelete
  3. dan juga menamakan setiap tumbuhan:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. If i have free time i will add for you ,yah nabiha

      Delete