Tuesday 8 November 2011

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

UNIT 4

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tujuan Sesuatu Dasar Dibuat.

Ø  Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya.
Ø  Sufean Hussin (2002) telah mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.

1.     Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan.
Ø  Kawalan bererti mendisplin.
Ø  Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan.
Ø  Hukuman berat
Ø  Penjara atau denda atau kedua-duanya.
Ø  Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (static) dan pemecatan.
2.     Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan
Ø  Solusi adalah peyelesaian masalah.
Ø  Bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul.
Ø  Apabila keputusan yang dibuat salah maka system juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan.
3.     Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan.
Ø  Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan.
Ø  Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi.
Ø  Menerusi pendidikan Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan.
4.     Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan.
Ø  Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan.
Dasar-Dasar Dalam Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
1.       Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu.
Ø  Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera), tenunan & cetakan fabric (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata), pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istan, wau, sepak raga, congkak dan gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama.
2.       Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 - 1800)
Ø  Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat.
Ø  Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian.
3.       Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 – 1957)
Ø  Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah.
Ø  Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka stat alas an membangunkan ekonomi Tanah Melayu.
Ø  Masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan.
Ø  Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombangan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong.
Ø  Masyarakat India diletakkan di kawasan lading getah dan kawasan keretapi sebagai buruh lading dan buruh penyelenggara keretapi.
Ø  Tujuan dasar ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu.
Ø  Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki social.
Ø  Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan.

4.       Dasar Reformasi Pendidikan (1957 – 1979)
Ø  Penyata Razak (1956) menjadi batu asas kepada system pendidikan berbentuk kebangsaan.
Ø  Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan.
Ø  Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan.
Ø  Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib (1961) dan pembentukan Akta Pelajaran 1961.
Ø  Permurnian pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
5.       Dasar Inovatif Pendidikan (1980 – 1990)
Ø  Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia asa sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia.
Ø  Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 dan 6 tahun.
Ø  Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1989 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.
6.       Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 – 2000)
Ø  Dasar liberalisasi pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dijamin kewujudannya Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil).
Ø  Penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/kolej di luar negara dengan institusi tempatan.
Ø  PT (awam) tempatan juga mangalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan.
Ø  Penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.
7.       Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 – 2020)
Ø  Bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020.
Ø  Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia.
Ø  Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam beberapa kategori seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi.
Ø  IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia.
Landasan Penggubalan Dasar-Dasar Pendidikan Di Malaysia
-        Sila rujuk jadual pada muka surat 64, 65, 66 dan 67.
Dimensi Dasar-Dasar Pendidikan Di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia ditunjangi oleh dua dimensi dasar-dasar yang berkaitan iaitu:
1.       Dimensi Menegak
i       Taraf pendidikan
-    Andaian semakin tinggi taraf pendidikan seseorang maka semakin meningkat modal insane dan semakin maju negara.
                   ii       Tahap persekolahan
                            -        Berkaitan dengan persekolahan murid-murid mengikut peringkat.
                   iii      Peluang pendidikan
-    memberi peluang kepada semua warganegara memperoleh pendidikan tanpadiskriminasi pleh gender, etnik, agama, lokasi geografi, status social dan ekonomi, perbezaan fahaman politik.
-         Peluang pendidikan juga mengambilkira pengalaman berbanding kelayakan
akademik semata-mata.
2.       Dimensi Mendatar
i.      Merapat jurang pendidikan
-           Kesamaan dan keadilan kepada semua pelajar untuk mendapatkan pendidikan
            yang berkualiti.
-            Merapatkan jurang pendidikan melibatkan pencapaian, jantina, lokasi (Bandar
                                      dan luar bandar) dan jurang IT.
                  

       ii.         Demokrasi pendidikan
-    Keadilan untuk semua pelajar memperoleh peruntukan, agihan prasana & infrastruktur, keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti.

                   iii      Perluasan pendidikan
-    Penyebarran dan perluasan pendidikan pada peringkat local kepada peringkat global.
Faktor Mempengaruhi Dasar-Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan.
Matlamat pendidikan di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi teknologi dalam bidang ekonomi, social, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama.
Dasar-Dasar Berkaitan Pendidikan Di Malaysia
1.      Dasar Bahasa Kebangsaan
l  Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.
l  Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an perpaduan.
l  Sekolah aliran Inggeris dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.
l  Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.
l  Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam system persekolahan.
l  Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat.
l  Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
l  PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 Sekolah Rendah, Ting 1 dan Ting 6 Rendah Sekolah Menengah.
2.       Dasar Perpaduan Nasional
l  Fokus pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan.
l  Perpaduan melibatkan 3 kaum utama Melayu, Cina dan India.
l  Akta Pelajaran 1961 ~ pendidikan ~ kurikulum & sistem peperiksaan ~ perpaduan.
3.       Dasar Teknologi
l  Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi.
l  MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT.
l  Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari.
l  Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000.

4.       Dasar Guna Tenaga
l  Wujud keperluan untuk membangunkan negara.
l  Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang
l  Maktab, politeknik, institute, universiti dsbnya ditubuhkan.
l  Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
l  Akta Majlis Pendidikan Negara 1996.
l  Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996.
l  Penubuhan institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan tenaga kerja.
5.       Dasar Pengatarabangsaan
l  Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi.
l  Dunia sudah menjadi tanpa sempadan.
l  Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden.
l  Konsep glokal (global + local) juga diperkenalkan.
l  Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam PPSMI)
6.       Dasar Pembangunan Insan
l  Pembangunan insane ke arah mewujudkan masyarakat yang mapan.
l  FPN tersurat pada 1988 (Menjadi FPK pada 1996).
l  Hasrat FPK agar pembangunan insan berlaku:
-                secara seimbang dan bersepadu (JERI).
-                melibatkan dimensi intrinsic dan instrumental.
-                untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
7.       Dasar Pembentukan Negara Bangsa
l  KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan.
l  Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan displin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
8.       Dasar Pendidikan Holistik
l  Sistem pendidikan tidak berasakan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid.
l  Pengumpulan mata dilaksanakan.
l  Projek percubaan dilaksanakan pada tahun 2008 di 50 buah sekolah.
l  2009 – sebanyak 500 sekolah dipilih untuk laksana projek perintis tranformasi.
l  2010 – pelaksanaan secara menyeluruh di semua sekolah rendah membabitkan murid pra sekolah & tahun 1 di semua jenis sekolah rendah.
l  2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR dengan memperkenalkan 4M.




        

2 comments: