Tuesday 15 November 2011

Apakah itu mikroorganisma?

1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat  struktur nya melalui        mikroskop
2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu :
  a) Bakteria     b) Virus       c) Fungi       d) Protozoa
3. Mikroorganisma boleh ditemui dimana-mana sahaja, air, udara, tanah dan dalam benda hidup.

Contoh mikroorganisma :
Phylum Protozoa : Source : www.tutorvista.com




Bakteria




Fungi



Virus


Kenapa Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup?

a) Boleh membiak
b) Membesar dari segi saiz
c) Memerlukan sumber makanan untuk hidup
d) Mengeluarkan bahan kumuh/sisa buangan
e) Bernafas

Sebagai contohnya : YIS

Yis bernafas dengan menyerap gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida ( O2 ---> CO2 )
Yis membiak dengan menghasilkan sel baru.
Yis juga perlukan makanan untuk terus hidup.

Mikroorganisma membesar.

Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup kerana mereka membesar dari segi saiz dan jumlah bilangan.

Contoh : Pembesaran fungus boleh diperhatikan pada permukaan roti yang rosak.Pergerakan Mikroorganisma
Mikroorganisma bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Contoh : Titiskan air kolam di atas slaid dan perhatikan dibawah mikroskop, kita dapat lihat pergerakan mikroorganisma didalam air kolam.

Kebaikan dan keburukan mikroorganisma

Kegunaan :

1. Industri Pertaniana) Digunakan untuk menguraikan haiwan dan tumbuhan serta bahan organik lain untuk menghasilkan baja.

2.Industri Makanan
a) Pembuatan Tapai,Tempe, Penapaian dan Roti

3. Industri Perubatan
a) Digunakan dalam ubatan dan mengawal jangkitan penyakit.

Bahaya :

Sesetengah mikroorganisma boleh memberi kesan buruk kepada manusia.Contohnya ,

Virus : Demam,Batuk,Beguk,AIDS,Polio,H1N1,Campak
Bakteria : Keracunan makanan, Sakit perut, Gigi reput, Sakit mata.Fungi : Thrush, Tinea
Protozoa : Malaria

Jangkitan Penyakit
1.Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh tersebar dari satu pesakit kepada pesakit yang lain. Penyakit ini dipanggil penyakit berjangkit.
2.Terdapat pelbagai cara penyakit ini tersebar.
a)  Haiwan :- Malaria, Demam denggi, Kolera
 b) Titisan air :- Demam, Selsema, Batuk kering, Campak
c) Sentuhan :- Tinea, Ringworm
d) Makanan dan Air :- Kolera, Hepatitis A,
e) Cecair badan :- AIDS,Hepatitis B


Cara mencegah penyebaran penyakit berjangkit.
Kita boleh menggunakan cara Pemanasan dan pendidihan ,Elakkan Sentuhan Terus iaitu melindungi makanan, kuarantin pesakit serta menggunakan Kimia : Membasuh dan merawat luka dengan baik.





1 comment:

  1. terima kasih cikgu low kerana telah membantu saya mengetahui ilmu tentang mikroorganisma

    ReplyDelete