Wednesday 16 November 2011

   Siratan Makanan (Sains Tahun 5 )
ialah gabungan beberapa rantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri.

PENGELUAR, PENGGUNA DAN PENGURAI
·         Pengeluar- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana
                           tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintetesis.
·        Pengguna terbahagi kepada tiga iaitu:

           PENGGUNA PRIMER-haiwan yang hanya memakan tumbuhan
           PENGGUNA SEKUNDAR – haiwan yang makan pengguna primer.
           PENGGUNA TERTIER - haiwan yang makan pengguna sekundar.
·        PENGURAI – Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara                            
                                menguraikankan organisma yang telah mati

RANTAI MAKANAN
Dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga
melalui satu siri memakan(pemangsa) dan kena makan(mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.
                                                       


Contoh rantai makanan:-








JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN
Rantai makanan pemangsa- rantai makanan ini bermula
daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.
Rantai makanan parasit- rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organisma yang besar kepada yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.
Rantai makanan saprofit- Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mikroorganisma.

SIRATAN MAKANAN

Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan
makanan. Ini kerana kebanyakkan pengguna makan lebih dari satu jenis
makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan .


Contoh siratan makanan


Piramid nombor
·       Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif organisma pada setiap peringkat rantai makanan.
·       Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu, kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan.
·       Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis
haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan
untuk menampung keperluan setiap haiwan. Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.
·       Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap
peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai
makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.
                            Contoh piramid nombor

Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah
perumah. Misalnya sepohon pokok didiami olehbeberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pijat.

                             Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.

ALIRAN TENAGA
·       Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada
matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain malalui rantai makanan dan siratan makanan.
·       Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan pergerakan.Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.
·       Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada
pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan
tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke
peringkat yang lain .

·       Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan.Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya
supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi
untuk menyokong organisma di atasnya.
Kepentingan siratan makanan
·       Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
·       Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu,bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah dan
menyebabkan keseimbangan alam terganggu.
Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun
akan mempengaruhi bilangan ular.
·       Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

No comments:

Post a Comment