Haiwan perlu menjaga dan melindungi telur dan anaknya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya.
2.
Haiwan yang melahirkan anak seperti mamalia, memelihara dan menyusukan anaknya. Haiwan ini juga akan melindungi anak-anaknya dan menyediakan makanan.
3.
Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing, monyet, gajah, harimau dan sebagainya.
4.
Haiwan yang bertelur tidak dapat melindungi anaknya di dalam rahim.
5.
Haiwan yang bertelur dapat memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara
i.
bertelur dengan banyak.
ii.
bertelur di tempat yang selamat.
iii.
menghasilkan telur bercangkerang keras.
iv.
menjaga telur sehingga menetas.
Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, ikan dan penyu.
Penyebaran Biji Benih
1.
Tumbuhan perlu membiak untukkemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.
Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam .
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu .
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara .
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.
Thursday, 17 November 2011
Bumi dan Alam Semesta(TAHUN 4)
1. Sistem suria terdiri daripada:
a) Matahari
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
b) Sembilan planet
c) Satelit semula jadi
Bulan merupakan satu perkataan yang merujuk kepada sebarang satelit semula jadi sebarang planet. Dianggarkan sekitar 140 bulan terdapat dalam lingkungan sistem suriaBumi, dan lebih banyak lagi yang dipercayai mengorbit planet di bintang lain. Biasanya gergasi gas yang besar mempunyai sistem bulan yang luas. Planet Utarid dan Venus tidak mempunyai bulan sama sekali, Bumi mempunyai bulan tunggal yang besar, Marikh mempunyai dua bulan, and Pluto rakan besar yang dikenali sebagai bulan Charon (kdang kada dianggap planet berkembar
d) Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.
e) Asteroid
Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.
Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.
Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.
Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.
Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.
Wednesday, 16 November 2011
(SAINS TAHUN 1 )
BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
Benda Hidup atau Bukan ? Ada benda Hidup . Ada benda bukan hidup
INI BENDA HIDUP
INI BENDA BUKAN HIDUP
BENDA HIDUP MEMERLUKAN AIR
BENDA HIDUP BERNAFAS
BENDA HIDUP MEMBESAR
BENDA HIDUP MEMBIAK
CIRI-CIRI AM BENDA HIDUP
a) Memakan
b) Bernafas
c) Membiak
d) Bergerak
e) Berkumuh
f) Mengalami Pertumbuhan
g) Bergerak balas terhadap rangsangan
Siratan Makanan (Sains Tahun 5 )
ialah gabungan beberapa rantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri.
PENGELUAR, PENGGUNA DAN PENGURAI
·Pengeluar- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana
tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintetesis.
·Pengguna terbahagi kepada tiga iaitu:
PENGGUNA PRIMER-haiwan yang hanya memakan tumbuhan
PENGGUNA SEKUNDAR – haiwan yang makan pengguna primer. PENGGUNA TERTIER - haiwan yang makan pengguna sekundar.
·PENGURAI – Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara
menguraikankan organisma yang telah mati
RANTAI MAKANAN
Dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga
melalui satu siri memakan(pemangsa) dan kena makan(mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.
Contoh rantai makanan:-
JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN
Rantai makanan pemangsa- rantai makanan ini bermula
daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.
Rantai makanan parasit- rantai makanan ini jugabermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organisma yang besar kepada yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah danyang kecil ialah parasit.
Rantai makanan saprofit- Rantai makanan inimenunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mikroorganisma.
SIRATAN MAKANAN
Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan
makanan. Ini kerana kebanyakkan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan .
Contoh siratan makanan
Piramid nombor
·Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif organisma pada setiap peringkat rantai makanan.
·Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu, kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan.
·Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis
haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan
untuk menampung keperluan setiap haiwan. Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.
·Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap
peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai
makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.
Contoh piramid nombor
Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah
perumah. Misalnya sepohon pokok didiami olehbeberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pijat.
Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.
ALIRAN TENAGA
·Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada
matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain malalui rantai makanan dan siratan makanan.
·Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan pergerakan.Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.
·Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada
pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan
tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke
peringkat yang lain .
·Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktivitiorganisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan danpergerakan.Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya
supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi
untuk menyokong organisma di atasnya.
Kepentingan siratan makanan
·Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
·Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu,bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah dan
menyebabkan keseimbangan alam terganggu.
Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun
akan mempengaruhi bilangan ular.
·Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.
Apakah itu mikroorganisma? 1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat struktur nya melalui mikroskop
2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu :
a) Bakteria b) Virus c) Fungi d) Protozoa
3. Mikroorganisma boleh ditemui dimana-mana sahaja, air, udara, tanah dan dalam benda hidup.
Kenapa Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup?
a) Boleh membiak
b) Membesar dari segi saiz
c) Memerlukan sumber makanan untuk hidup
d) Mengeluarkan bahan kumuh/sisa buangan
e) Bernafas
Sebagai contohnya : YIS
Yis bernafas dengan menyerap gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida ( O2 ---> CO2 )
Yis membiak dengan menghasilkan sel baru.
Yis juga perlukan makanan untuk terus hidup.
Mikroorganisma membesar.
Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup kerana mereka membesar dari segi saiz dan jumlah bilangan.
Contoh : Pembesaran fungus boleh diperhatikan pada permukaan roti yang rosak.Pergerakan Mikroorganisma Mikroorganisma bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Contoh : Titiskan air kolam di atas slaid dan perhatikan dibawah mikroskop, kita dapat lihat pergerakan mikroorganisma didalam air kolam.
Kebaikan dan keburukan mikroorganisma Kegunaan :
1. Industri Pertaniana) Digunakan untuk menguraikan haiwan dan tumbuhan serta bahan organik lain untuk menghasilkan baja.
2.Industri Makanan
a) Pembuatan Tapai,Tempe, Penapaian dan Roti
3. Industri Perubatan
a) Digunakan dalam ubatan dan mengawal jangkitan penyakit.
Bahaya :
Sesetengah mikroorganisma boleh memberi kesan buruk kepada manusia.Contohnya ,
Virus : Demam,Batuk,Beguk,AIDS,Polio,H1N1,Campak
Bakteria : Keracunan makanan, Sakit perut, Gigi reput, Sakit mata.Fungi : Thrush, Tinea
Protozoa : Malaria
Jangkitan Penyakit
1.Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh tersebar dari satu pesakit kepada pesakit yang lain. Penyakit ini dipanggil penyakit berjangkit.
2.Terdapat pelbagai cara penyakit ini tersebar.
a) Haiwan :- Malaria, Demam denggi, Kolera
b) Titisan air :- Demam, Selsema, Batuk kering, Campak
c) Sentuhan :- Tinea, Ringworm
d) Makanan dan Air :- Kolera, Hepatitis A,
e) Cecair badan :- AIDS,Hepatitis B
Cara mencegah penyebaran penyakit berjangkit.
Kita boleh menggunakan cara Pemanasan dan pendidihan ,Elakkan Sentuhan Terus iaitu melindungi makanan, kuarantin pesakit serta menggunakan Kimia : Membasuh dan merawat luka dengan baik.