Sains ( Tahun 5 )Kemandirian Haiwan Dan Tumbuhan
Kemandirian Haiwan
1. | Haiwan perlu menjaga dan melindungi telur dan anaknya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya. |
2. | Haiwan yang melahirkan anak seperti mamalia, memelihara dan menyusukan anaknya. Haiwan ini juga akan melindungi anak-anaknya dan menyediakan makanan. |
3. | Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing, monyet, gajah, harimau dan sebagainya.
|
4. | Haiwan yang bertelur tidak dapat melindungi anaknya di dalam rahim. |
5. | Haiwan yang bertelur dapat memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara |
| i. | bertelur dengan banyak. |
| ii. | bertelur di tempat yang selamat. |
| iii. | menghasilkan telur bercangkerang keras. |
| iv. | menjaga telur sehingga menetas. Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, ikan dan penyu.
|
|
|
Penyebaran Biji Benih
1. | Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. |
2. | Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. |
3. | Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya. |
Cara Penyebaran | Penyesuaian Biji Benih / Buah |
Haiwan | Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam .![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4kc1kmW_nyMGNJW947TPMhOqW1nga4S2D5dZaZUJFnN2wIxCyl00I4qYTiVO7TXpqBv0mL_AD1OyIkidAMakjyBVaxJgFcIt78m1MCqcAksF126uXcq8eXkmMW4dN3DtVEQgu9Oywx1aT/s320/RAMBU.jpg)
|
Angin | Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu .![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitCC6dADB-SrnNUb6-HX5flQHjqwbE3g5UHjNEIqHRP9BNEPfErCAvUtTaUOoOwxxR1RSpsecCAXX5AcOvQ-KKJ-ZYb70np6DZOoRjqphiz4kAlGD2QQGVs1E9mdWfq8iCGv-sttbCs1Bq/s320/imagesCASZ40YA.jpg)
|
Air | Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara .![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1BtXbp0HRj8GEOrI8Pz3sVNI4Fb72NjMo_49H2DKMb4KfUl-P_EZvwUiMbPsXr5Dvztjmibea5Dj170vZKWm8EZm67F1dN231s7H24mKNZP-z8QFHlZAkvDxMRKOXyH4x3xI849lqcZGb/s320/imagesCADP3NCD.jpg)
|
Mekanisme letupan | Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj466FX7i8MUilh3fiEWAYAxqlC-INBj9oS4SYmKGumGBMcbbenooAA4Jt2i-4sGT23apL8fGWBlKkNiYsE3tI0fsWTbSVfz5OicvRlxxKZWp1C_BTvJJQri7vMD_wun_KafFbBQI3JdHuy/s320/imagesCA3AN9M5.jpg)
|
|
ini telah banyak membantu saya atas pelajaran saya, tetapi contoh haiwan dan tumbuhan tidak cukup, boleh tambah lagi.
ReplyDeletesaya harap anda dapat menambahnye lagi
ReplyDeletedan juga menamakan setiap tumbuhan:D
ReplyDeleteIf i have free time i will add for you ,yah nabiha
Delete