Tuesday, 15 November 2011

Ciri-ciri pelajarSabtu,2
Gerhana adalah terdiri daripada dua jenis, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Mari kita lihat!!
Mari kita lihatTA


ZAINOL AHMAD

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
HAH

    NORLIZA
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu BuGerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
                                      
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.


Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.


Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
                                                           Gerhana Matahari penuh





Monday, 14 November 2011

Putaran Bumi( Sains Tahun 6 )

PUTARAN BUMI PADA PAKSINYA DAN PEREDARAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI.
(‘THE ROTATION OF THE EARTH ON ITS AXIS AND THE REVOLUTION OF THE EARTH AROUND THE SUN’)

Putaran Bumi pada paksinya.
(‘The Rotation of the Earth on its axis’)
 Rajah menunjukkan beberapa paksi putaran.
(‘A diagram showing the different rotation axes.’)
Bumi berputar pada paksi (atau paksi putaran). Paksi adalah garisan imaginasi yang menembusi bahagian tengah sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan.
(‘The Earth is rotating around an axis (called its rotational axis. An axis is an imaginary line through the centre of an object, around which the object turns. The Earth’s axis is the line between the North pole and the South Pole.’)

Sesetengah objek berputar pada paksi melintang, seperti batang kayu yang sedang berguling. Selain itu, seperti seorang peluncur ais, berputar pada paksi menegak. Paksi Bumi sedikit condong iaitu bersudut 23.5°dari paksi menegak.
(‘Some objects rotate about a horizontal axis, like a rolling log. Some objects, such as a skater, rotate about a vertical axis. The Earth's axis is tipped (or tilted) over about 23.5° from vertical.’)

Bumi berputar pada paksinya dari arah barat ke timur.
(‘The Earth rotates on its axis from west to east.’)

Bumi berputar dengan lengkap pada paksinya dalam masa 24 jam – dengan kadar 1000 batu per jam!. Tempoh masa yang diambil oleh Bumi untuk melengkapkan putaran dipanggil satu hari.
(‘The Earth rotates around once in 24 hours - that's a rate of 1000 miles per hour!. The time it takes for the Earth to rotate completely around once is what we call a day.’)

Kita tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia.
(‘We cannot feel the rotation of the Earth because the Earth is very big compared to us.’)

Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan :
(‘The rotation of the Earth on its axis cause’)
1. kejadian siang dan malam,
(‘the occurrence day and night,’)
2. Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat,
(‘the Sun rises in the east and sets in the west,’)
3. perubahan pada kedudukan dan saiz bayang – bayang.
(‘the change of the position and the size of the shadow.’)
Peredaran Bumi mengelilingi Matahari
(‘The Earth revolution around the Sun’)

Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar mengelilingi Matahari.
(‘As the Earth rotates on its axis, it is also moving around the Sun.’)

Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya. Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet atau bulan mengelilingi sesuatu jasad; seperti Bumi mengorbit Matahari.
(‘The Earth moves around the Sun on its orbit. Orbit is a path followed by a planet or moon round another body; the Earth’s orbit round the Sun.’)

Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur.
(‘It moves around the Sun from west to east.’)

Sama seperti lain – lain planet dalam Sistem Suria, orbit Bumi berbentuk elips atau bujur. Orbit Bumi adalah permukaan mendatar dua dimensi yang dipanggil elips.
(‘Like all planets in our solar system, the Earth is in an elliptical orbit around our Sun. Earth's orbit defines a two-dimensional plane which we call the ecliptic.’)

Ia mengambil masa 365 ¼ hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun.
(‘It takes roughly 365 ¼ days for the Earth to go around the Sun once. The time it takes for the Earth to go around the Sun one full time is what we call a year.’)

Ini bermaksud Bumi beredar mengelilingi Matahari pada kadar kelajuan 67,000 batu per jam!.
(‘This means that the Earth is rushing through space around the Sun at a rate of about 67,000 miles per hour!.’)

Mengikut perkiraan, tahun lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat tahun sekali. Ini adalah sebab mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam bulan Februari.
(‘By calculation, a leap year which has 366 days occurs once in four years. This is why in a leap year there are 29 days in February.’)

Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami 4 musim.
(‘The combined effect of the Earth's orbital motion and the tilt of its rotation axis result in the seasons.’)

Sila lihat video di bawah berkenaan putaran Bumi pada paksinya dan peredaran Bumi mengelilingi Matahari :
(‘Watch the following video about the Earth Rotation on its axis and the revolution of the Earth around the Sun.’)




 

Rujukan : windows earth, bbc earth


Dicatat oleh l.chun boey

Tuesday, 8 November 2011

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

UNIT 4

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tujuan Sesuatu Dasar Dibuat.

Ø  Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya.
Ø  Sufean Hussin (2002) telah mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.

1.     Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan.
Ø  Kawalan bererti mendisplin.
Ø  Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan.
Ø  Hukuman berat
Ø  Penjara atau denda atau kedua-duanya.
Ø  Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (static) dan pemecatan.
2.     Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan
Ø  Solusi adalah peyelesaian masalah.
Ø  Bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul.
Ø  Apabila keputusan yang dibuat salah maka system juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan.
3.     Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan.
Ø  Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan.
Ø  Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi.
Ø  Menerusi pendidikan Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan.
4.     Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan.
Ø  Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan.
Dasar-Dasar Dalam Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
1.       Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu.
Ø  Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera), tenunan & cetakan fabric (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata), pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istan, wau, sepak raga, congkak dan gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama.
2.       Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 - 1800)
Ø  Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat.
Ø  Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian.
3.       Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 – 1957)
Ø  Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah.
Ø  Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka stat alas an membangunkan ekonomi Tanah Melayu.
Ø  Masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan.
Ø  Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombangan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong.
Ø  Masyarakat India diletakkan di kawasan lading getah dan kawasan keretapi sebagai buruh lading dan buruh penyelenggara keretapi.
Ø  Tujuan dasar ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu.
Ø  Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki social.
Ø  Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan.

4.       Dasar Reformasi Pendidikan (1957 – 1979)
Ø  Penyata Razak (1956) menjadi batu asas kepada system pendidikan berbentuk kebangsaan.
Ø  Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan.
Ø  Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan.
Ø  Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib (1961) dan pembentukan Akta Pelajaran 1961.
Ø  Permurnian pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
5.       Dasar Inovatif Pendidikan (1980 – 1990)
Ø  Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia asa sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia.
Ø  Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 dan 6 tahun.
Ø  Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1989 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.
6.       Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 – 2000)
Ø  Dasar liberalisasi pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dijamin kewujudannya Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil).
Ø  Penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/kolej di luar negara dengan institusi tempatan.
Ø  PT (awam) tempatan juga mangalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan.
Ø  Penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.
7.       Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 – 2020)
Ø  Bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020.
Ø  Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia.
Ø  Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam beberapa kategori seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi.
Ø  IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia.
Landasan Penggubalan Dasar-Dasar Pendidikan Di Malaysia
-        Sila rujuk jadual pada muka surat 64, 65, 66 dan 67.
Dimensi Dasar-Dasar Pendidikan Di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia ditunjangi oleh dua dimensi dasar-dasar yang berkaitan iaitu:
1.       Dimensi Menegak
i       Taraf pendidikan
-    Andaian semakin tinggi taraf pendidikan seseorang maka semakin meningkat modal insane dan semakin maju negara.
                   ii       Tahap persekolahan
                            -        Berkaitan dengan persekolahan murid-murid mengikut peringkat.
                   iii      Peluang pendidikan
-    memberi peluang kepada semua warganegara memperoleh pendidikan tanpadiskriminasi pleh gender, etnik, agama, lokasi geografi, status social dan ekonomi, perbezaan fahaman politik.
-         Peluang pendidikan juga mengambilkira pengalaman berbanding kelayakan
akademik semata-mata.
2.       Dimensi Mendatar
i.      Merapat jurang pendidikan
-           Kesamaan dan keadilan kepada semua pelajar untuk mendapatkan pendidikan
            yang berkualiti.
-            Merapatkan jurang pendidikan melibatkan pencapaian, jantina, lokasi (Bandar
                                      dan luar bandar) dan jurang IT.
                  

       ii.         Demokrasi pendidikan
-    Keadilan untuk semua pelajar memperoleh peruntukan, agihan prasana & infrastruktur, keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti.

                   iii      Perluasan pendidikan
-    Penyebarran dan perluasan pendidikan pada peringkat local kepada peringkat global.
Faktor Mempengaruhi Dasar-Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan.
Matlamat pendidikan di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi teknologi dalam bidang ekonomi, social, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama.
Dasar-Dasar Berkaitan Pendidikan Di Malaysia
1.      Dasar Bahasa Kebangsaan
l  Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.
l  Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an perpaduan.
l  Sekolah aliran Inggeris dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.
l  Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.
l  Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam system persekolahan.
l  Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat.
l  Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
l  PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 Sekolah Rendah, Ting 1 dan Ting 6 Rendah Sekolah Menengah.
2.       Dasar Perpaduan Nasional
l  Fokus pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan.
l  Perpaduan melibatkan 3 kaum utama Melayu, Cina dan India.
l  Akta Pelajaran 1961 ~ pendidikan ~ kurikulum & sistem peperiksaan ~ perpaduan.
3.       Dasar Teknologi
l  Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi.
l  MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT.
l  Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari.
l  Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000.

4.       Dasar Guna Tenaga
l  Wujud keperluan untuk membangunkan negara.
l  Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang
l  Maktab, politeknik, institute, universiti dsbnya ditubuhkan.
l  Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
l  Akta Majlis Pendidikan Negara 1996.
l  Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996.
l  Penubuhan institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan tenaga kerja.
5.       Dasar Pengatarabangsaan
l  Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi.
l  Dunia sudah menjadi tanpa sempadan.
l  Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden.
l  Konsep glokal (global + local) juga diperkenalkan.
l  Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam PPSMI)
6.       Dasar Pembangunan Insan
l  Pembangunan insane ke arah mewujudkan masyarakat yang mapan.
l  FPN tersurat pada 1988 (Menjadi FPK pada 1996).
l  Hasrat FPK agar pembangunan insan berlaku:
-                secara seimbang dan bersepadu (JERI).
-                melibatkan dimensi intrinsic dan instrumental.
-                untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
7.       Dasar Pembentukan Negara Bangsa
l  KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan.
l  Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan displin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
8.       Dasar Pendidikan Holistik
l  Sistem pendidikan tidak berasakan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid.
l  Pengumpulan mata dilaksanakan.
l  Projek percubaan dilaksanakan pada tahun 2008 di 50 buah sekolah.
l  2009 – sebanyak 500 sekolah dipilih untuk laksana projek perintis tranformasi.
l  2010 – pelaksanaan secara menyeluruh di semua sekolah rendah membabitkan murid pra sekolah & tahun 1 di semua jenis sekolah rendah.
l  2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR dengan memperkenalkan 4M.